Monday 21 March 2011

YamAHa 135LaiCi ku..

Assalam!. Entry kita kali ni adalah berkenaan moto aku pula. Yamaha 135lc. Hadiah dari akak kesayangan. Muahhh-muah kakak.  Hehe,. Even so jeles tgk abg aku dapat kereta time hari jadi dia, sekarang aku bersyukur sangat-sangat lah.. Fikir-fikir balik, koyak wallet oo kalau aku pakai kereta. Sekarang ni yang tengah guna moto pon dah terasa penatnya. haha

Aku memang sayang lebih la moto tu. Dia nak rantai baru aku bagi, nak minyak hitam baru aku bagi. nak coversuit baru aku bagi. Sebulan x ingat berapa aku berhabis untuk moto tu. Beratus gamaknya. Dah rasa macam pakai Superbike. Hehe.

Moto tu la hari-hari ak guna untuk pergi kelas, pergi meeting kelab, pergi jumpa "orang", and yang second best lepas rider moto adalah tiap-tiap petang pergi main kayak kat Tasik Guthrie UUM. Memang terbaiklah. Kalau tak ada moto tak sanggup aku berjalan kaki dari TNB ke tasik hari-hari. Cerita pasal kayak lain kali lah kita sambung lain. Kita berbalik semula kepada topik utama, iaitu tahap saya sayang moto saya.. hehehe..

Tapi kan, jumaat lepas aku dengan moto ak excident. Sama-sama cium tar. Habis calar balar badan. Tu lah, bawa moto laju sangat sebab nak hantar surat projek.. Menyesal aku. Hari tu dah janji ngn org tersayang nk bawa moto slow-slow. La ni amek hang, haha. Nasib baik moto dah siap even so tido bengkel 1 malam.. Padan muka..

Kesimpulan entry kali nie.. aaaa... ingatlah orang tersayang time rider..Jangan mengelamun sangat.. excident nanti.. ahahaha

Assalamm
post by 126521..